Nampaknya semakin cerah masa hadapan Ong Seong-woo dalam dunia lakonan Korea.
Terbaru, idola itu dikhabarkan bakal menjadi teraju utama dalam drama OCN bertajuk “Blind”.
Jawab agensinya,
‘Blind’ ialah salah satu projek yang diterimanya. Namun tiada apa yang disahkan lagi.
“Blind” membawa kisah orang yang menjadi mangsa dan pemangsa keadaan dek ketidakadilan. Ianya bakal diterajui pelbagai watak seperti detektif, hakim, pelajar undang-undang dan juri kehakiman.
Katanya, Ong Seong-wu menerima tawaran untuk melakonkan watak seorang detektif bernama Ryu Seong-jun.
Sama-sama kita nantikan sama ada Ong Seong-woo bakal menyertai “Blind”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.