Utama Filem Korea Obses Ajaran Sesat, Jeon Somin Bintangi Filem Thriller Misteri ‘Only God Knows...

Obses Ajaran Sesat, Jeon Somin Bintangi Filem Thriller Misteri ‘Only God Knows Everything’

jeon somin only god knows everyhting

Peminat naskhah thriller, ada filem baru untuk korang!

Terbaru, filem “Only God Knows Everything” telah berkongsi barisan pelakon utamanya dan mendedahkan sesi pembacaan skrip pertama mereka. Ianya membawa kisah seorang paderi muda yang mula keliru antara kepercayaan dan sikap norma manusia apabila membongkar rahsia mengejutkan mengenai kematian ibunya 13 tahun lalu.

Watak paderi muda itu akan dilakonkan oleh Shin Seung-ho di mana dia mula goyah apabila dihimpit rasa terkejut dek kebenaran yang menyakitkan. Han Ji-eun pula akan membawa watak Joo-young iaitu detektif jenayah yang bertanggungjawab menyelesaikan pelbagai kes misteri.

only god knows everything

Selain itu, Park Myung-hoon bakal menyelami watak seorang dukun yang ganas dan tiada kewarasan. Terakhir sekali, Jeon So-min bakal menjayakan watak Soo-yeon iaitu seorang wanita ‘psiko’ yang terjerumus dalam kancah agam pseudo.

Bukan itu sahaja, naskhah itu akan disertai oleh pelakon lain seperti Yoo Sung-joo, Lee Jung-ok dan Nam Joong-gyu. 

Nantikan tayangan filem itu nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERJoy News 24
Loading...