Ikuti Kami:

Dipendekkan Satu Episod, ‘Skip’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja Meski Ada Yoo Jaesuk & Jeon Somin

Dipendekkan Satu Episod, ‘Skip’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja Meski Ada Yoo Jaesuk & Jeon Somin

Nampaknya bukan semua program kelolaan Yoo Jae-suk akan terjamin menemui kejayaan.

Terbaru, rancangan dating “Skip” yang sepatutnya bersiaran selama 12 episod telah dipendekkan satu episod dan berakhir pada 23 Februari lalu.

Untuk pengetahuan, rancangan realiti temu janji ini mengikuti 4 lelaki dan 4 wanita di mana mereka berkumpul di satu tempat, untuk mencari pasangan mereka di bawah konsep ‘One-day 4:4 Blind Date’ dan dihoskan oleh Yoo Jae-suk, Jeon So-min dan Nucksal.

yoo jaesuk skip

Mungkin membawa konsep yang sudah terlalu sarat dalam industri hiburan Korea, “Skip” gagal menarik perhatian ramai penonton sekaligus menyebabkan catatan rating mendatar sepanjang tayangannya. Malah ianya melabuhkan tirai dengan rekod 1% sahaja hingga tiada siapa yang perasan bahawa program itu sudah tamat.

Hmmm.. kenapa agaknya?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...