Baru-baru ini, persembahan LE SSERAFIM di Coachella teruk dikritik kerana kemahiran nyanyian mereka yang dianggap teruk.
Selain netizen, seorang pengkritik muzik dan ahli Persatuan Muzik Korea iaitu Kim Do-heon telah memuat naik satu kenyataan, mempertahankan pentas LE SSERAFIM di Coachella.
Khususnya, lelaki itu telah memberikan komen positif kepada kumpulan tersebut dan menjelaskan,
Apa yang diharapkan di Coachella bukanlah ‘lagu yang sempurna’ tetapi penampilan bertenaga yang dilihat hanya di festival itu. Ianya penting untuk menutup kelemahan dan menyerlahkan kekuatan.
Dengan ini, ramai yang menganggap bahawa Kim Do-heon bersikap bias kepada LE SSERAFIM dan terlalu berat sebelah. Perdebatan ini menjadi semakin hangat kerana sebelum ini, dia pernah mengkritik persembahan BLACKPINK di Coachella sehingga mendakwa bahawa mereka tak layak untuk menjadi artis utama di festival muzik terbesar itu.
Luahnya,
Berbanding dengan ramai artis yang telah menggegarkan pentas Coachella, BLACKPINK tidak pernah mencapai tahap artis utama. Sudah tentu, mereka menunjukkan persembahan yang baik tetapi keupayaan nyanyian mereka sangat teruk dan tidak begitu ghairah seperti penari latar. Mereka mensia-siakan pentas gemilang yang diimpikan oleh setiap penyanyi. K-Pop terlepas peluang untuk dinilai di pasaran global.
Dapat dilihat bahawa Kim Do-heon bersikap tegas ketika memberi komen untuk persembahan BLACKPINK tetapi begitu berlembut ketika mengkritik LE SSERAFIM. Oleh itu, ramai yang menganggap lelaki tersebut tidak profesional dan tidak layak memanggil dirinya sebagai pengkritik muzik.
Hmm apa pendapat korang?