Ikuti Kami:

“Normal Lah Bercerai..” – Diusik Isu Janda, Lee Jiah ‘Bantai’ Soalan Wartawan

“Normal Lah Bercerai..” – Diusik Isu Janda, Lee Jiah ‘Bantai’ Soalan Wartawan

Jangan main-main tau dengan Lee Ji-ah!

Dalam satu temubual bersama majalah popular, pelakon wanita ditanya sama ada dia teragak-agak untuk membintangi drama “Queen Of Divorce”. Bagi yang tidak mengetahui, Lee Ji-ah bakal membawa watak Kim Sa-ra iaitu seorang janda yang dihukum penjara atas pengkhianatan suaminya.

Wanita itu kemudiannya membalas dan bertanya kenapa wartawan itu menanyakan sedemikian,

Kenapa? Kenapa ia adalah satu topik sensitif? Saya tak pernah pun terfikir macam tu.

lee jiah

Dia turut bertanya mengapa dia perlu berhati-hati untuk membawa watak seorang janda,

Terdapat ramai orang yang kahwin dan bercerai atas sebab mahu mencapai kebahagiaan. (Penceraian) bukanlah sesuatu kejadian yang jarang berlaku. Ianya sesuatu yang terjadi saban hari dan saya tidak tahu mengapa saya perlu berasa sensitif mengenainya.

Wartawan itu bagaimanapun tidak mengalah dan bertanya jika pengalamannya bercerai membantu wanita tersebut untuk mendalami wataknya. Jawab Lee Ji-ah,

Saya merasakan yang saya boleh lebih memahami watak itu namun bukan kerana perkahwinan saya atau penceraian. Saya merasakan ia kerana pengalaman buruk yang saya lalui bersama individu dalam kehidupan saya. Saya merasakan yang saya boleh melihat watak ini dari atas dan bersimpati dengannya.

lee jiah

Kalau korang nak tahu, Lee Ji-ah dahulu pernah terpalit dengan kontroversi yang agak besar di Korea apabila dia didapati berkahwin dan bercerai dalam diam bersama penyanyi popular, Seo Taiji.

Macam tak ada soalan lain..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...