Ikuti Kami:

“Bibir & Mata Nampak Lain” – Peminat Perasan Perubahan Pada Wajah Lee Jiah?

“Bibir & Mata Nampak Lain” – Peminat Perasan Perubahan Pada Wajah Lee Jiah?

Sudah sekian lama berlakon, sudah pastinya ramai yang akan perasan jika terdapat perubahan pada wajah Lee Ji-ah.

Dalam foto terbaru ‘The New Wave’, pelakon itu berjaya menampilkan stail yang elegan dan berani. Dengan pakaian luar kulit dengan cacahan berlian, Lee Ji-ah nyata memaparkan sisi feminin dan juga seksi.

Pun begitu, peminat turut perasan sedikit perbezaan pada wajah pelakon wanita tersebut terutamanya pada bahagian mulut dan bentuk wajah. Ada yang mengatakan mulutnya sedikit ‘terjungkit’ dan ada yang mengatakan kulitnya lebih licin seperti disuntik ‘filler’.

lee jiah

Walau bagaimanapun, ada yang tidak menghiraukan mengenai hal itu dan merasakan Lee Ji-ah kelihatan sama sahaja dan mungkin sahaja menjalani proses penjagaan dermatologi normal bagi selebriti.

Apa pun, Lee Ji-ah bakal muncul dalam drama “The Great Solver” di mana dia membawa watak sebagai pemilik syarikat penyelesaian penceraian bernama ‘Solution’.

Ya ke lain?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...