Sudah pun memasuki episod ketiga, nampaknya “Again My Life” berjaya menarik perhatian ramai penonton.
Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang menjalani kehidupan keduanya.
Menurut Nielsen Korea, rating tayangan terbaru drama aksi itu berjaya mencipta rekod baru di mana ia pertama kali melepas garisan 8% dengan catatan 8.1%. Bukan sahaja memecahkan rekod peribadi, malah ia menduduki tempat pertama di seluruh saluran untuk slot tayangan berkenaan.
Untuk episod tebaru ini, Kim Hee-woo (Lee Jun-ki) yang diberikan peluang untuk menjalani kehidupan kedua, kembali sebagai pelajar kolej dan mula menyiasat mengenai Jong Tae-seop pada ketika itu.
Best tak drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.