Masih ingatkah korang dengan rumah perkahwinan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo?
Khabarnya, rumah tersebut yang dimiliki pelakon lelaki itu sudah meningkat harganya lebih 10 bilion won sekaligus menaik dua kali ganda berbanding nilai semasa dibeli.
Song Joong-ki membeli rumah berkenaan dengan harga 10 bilion won (RM32 juta) pada November 2016 dan membiina 3 tingkat bawah tanah, 2 tingkat atas tanah dengan saiz 992 meter persegi.
Kini, rumah itu berharga 20 bilion won (RM68 juta) dek kenaikan harga pertukaran sebenar. Pun begitu, rumah tiu sudah pun kosong selama 5 tahun kerana penceraian mereka dan sebelum rumah itu disiapkan.
Ada tak yang nak beli?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.