Ikuti Kami:

“Ni Kerja Je..” – Heechul SuJu Akui Ingin Berhenti Jadi Idola Kerana Ia Memalukan

“Ni Kerja Je..” – Heechul SuJu Akui Ingin Berhenti Jadi Idola Kerana Ia Memalukan

Bukan mudah kan untuk kita setia melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan yang sama untuk jangka masa yang lama..

Begitu juga dengan Heechul SUPER JUNIOR yang baru-baru ini telah meluahkan perasaannya sebagai idola yang telah debut selama hampir 20 tahun kini.

Menerusi saluran YouTube “Jo Hyunah’s Thursday Night”, Heechul membuat pengakuan,

Ketika saya berumur 20-an, saya ingin mencium diri saya apabila melihat cermin. Tidak kira apa yang saya lakukan, saya jatuh cinta dan gembira dengan diri saya sendiri. Tetapi sekarang, saya lebih tua dan saya berasa malu. Ia memalukan.

Sambung penyanyi berumur 40 tahun itu lagi,

Saya pernah bercanggah pendapat dengan Ye-sung. Pemikiran Ye-sung ialah ‘Hyung, kita 40 tahun kan? Tetapi walaupun kita dah berusia 50 atau 60 tahun, mari kita teruskan menjadi idola’. Tetapi saya cuba berhenti untuk menjadi idola.

Heechul turut menegaskan,

Menjadi idola hanyalah pekerjaan saya, bukan hidup saya. Saya telah banyak bercakap tentang perkara ini.

Hmm kalau tu yang terbaik kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...