Ikuti Kami:

“Saya Penat..” – Luah Perasaan, Park Seojoon Akui Pernah Fikir Untuk Rehat Dari Berlakon

“Saya Penat..” – Luah Perasaan, Park Seojoon Akui Pernah Fikir Untuk Rehat Dari Berlakon

2023 ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Park Seo-joon!

Untuk pengetahuan, Park Seo-joon telah seleasai menjalani penggambaran untuk filem “Dream”, “The Marvels” dan pelbagai projek yang lain pada beberapa tahun yang lalu namun, tayangannya terpaksa ditangguhkan dek pandemik COVID-19.

Menyapa orang ramai dengan filem pertama dalam tempoh 4 tahun, pelakon itu mengaku dalam satu temu bual,

Sebab saya melakukan kerja ini adalah kerana saya ingin menunjukkan diri saya kepada anda semua. Sama ada projek itu menerima maklum balas yang baik dan buruk, ia memberi saya tenaga dan makna untuk terus bekerja.

Kongsinya,

Saya telah melakukan pelbagai projek untuk masa yang lama namun pada tahun-tahun yang saya tidak dapat tunjukkan apa-apa pada anda membuatkan saya berasa letih. Saya rasa hilang sebab untuk melakukan kerja ini dan banyak berfikir.

park seojoon

Kemudian, Park Seo-joon turut berkongsi perasaannya ketika tayangan beberapa projeknya telah ditangguhkan untuk masa yang lama,

Saya penat menunggu maklum balas kerana karya itu telah disembunyikan sejak sekian lama. Jika tempoh ini dipanjangkan lagi, saya akan berfikir untuk berehat.

Bagi yang belum tahu, Park Seo-joon akan menemui penonton dengan pelbagai projek pada tahun ini seperti program “Jinny’s Kitchen”, filem “Dream”, “Concrete Utopia” dan “The Marvels” serta drama Netflix “Gyeongseong Creature”. Mengenai ini, pelakon lelaki itu meluahkan,

Memandangkan beberapa projek saya telah ditangguhkan sedikit lewat, semua filem yang saya usahakan akan dikeluarkan tahun ini. Saya sedang merakam karya ini dan juga perlu mempromosikan karya lain jadi, pengurus saya bergelut untuk melaraskan jadual saya. Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana akhirnya awak semua dapat melihat persembahan saya. Saya akan cuba yang terbaik dalam setiap situasi tertentu, dan saya berharap untuk mencapai matlamat saya tahun ini.

park seojoon

Sibuk tau Park Seo-joon tahun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...