Melampau netizen ni!
Baru-baru ini, ahli NewJeans, Min-ji dan Hye-in terkejut apabila melihat seseorang menulis komen, meminta Min-ji untuk mati semasa mereka membuat siaran langsung. Selepas itu, Hye-in mengutuk perbuatan itu dengan berkata ia adalah komen yang sangat teruk.
i don’t stan new jeans but this clip 😭 the fact that minji cares more about how hyein is seeing these comments instead of her own feelings or her own safety 😭😭 pic.twitter.com/jKsMlEtxae
— ✧ tesehki ✧ (@4winterrorist) December 5, 2023
Sehubungan dengan ini, agensi NewJeans mengeluarkan kenyataan dengan berkata,
Kami mengambil tindakan undang-undang yang keras terhadap perbuatan seperti fitnah, komen jahat, penghinaan, dan penyebaran maklumat palsu yang berkaitan dengan NewJeans.
Agensi Ador juga mengumumkan bahawa mereka akan menutup komen semasa ahli melakukan siaran langsung, yang sebelum ini tersedia untuk semua kepada hanya ahli yang melanggan sahaja.
Khususnya, sejak NewJeans memulakan kerjaya pada Ogos tahun lalu, mereka sentiasa mendapat komen negatif, termasuk kontroversi mengenai kata-kata kotor seksual.
Haih netizen ni kan macam-macam.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.