Ikuti Kami:

“Macam Saya Lahirkan Mereka”- CEO Min Heejin Luah Rasa Bangga Berjaya Didik NewJeans

“Macam Saya Lahirkan Mereka”- CEO Min Heejin Luah Rasa Bangga Berjaya Didik NewJeans

NewJeans ‘anak kesayangan’ CEO Min Hee-jin?

Terbaru, dalam satu rancangan hiburan “Yoo Quiz On The Block” yang bersiaran pada 14 Disember, semalam, menampilkan kumpulan NewJeans dan CEO Min Hee-jin sebagai tetamu.

Seperti yang diketahui ramai, nama NewJeans kini tidak asing lagi dari industri hiburan Korea. Berjaya mencuri perhatian menerusi lagu “Attention”, “Hype Boy” dan juga “Cookie”, NewJeans pastinya kumpulan yang berhasil mencetuskan fenomena. yoo jaesukMenerusi rancangan tersebut, Yoo Jae-suk sempat bertanya,

Bukan senang untuk dikenali dan disayangi seperti ini, lagi-lagi baru 2 bulan sahaja debut. Adakah CEO Min Hee-jin menjangkakan perkara ini?

newjeansLalu CEO Min Hee-jin berkata,

Sebenarnya, saya sudah menjangkakan ini. Namun, dalam masa yang sama, saya turut rasa tertekan kerana semua ahli mempunyai impian besar. Saya kena pikul tanggungjawab yang besar. 

Saya juga selalu berbual dengan ibu bapa ahli NewJeans. Saya rasa saya boleh hidup tanpa memikiran masalah jika semua ibu bapa ahli kumpulan mampu bersikap memahami. 

Sekarang, ibu bapa Hanni berada di Australia dan baru-baru ini, mereka datang ke Korea untuk melawatnya. Mereka juga sempat memberikan pakaian tidur buat saya. Perasaan seperti saya adalah ibu bapa mereka itu lebih mendalam. 

https://twitter.com/newjeansblog/status/1603012565495599106

Yoo Jae-suk juga berkata bahawa dia nampak wajah CEO Min Hee-jin sewaktu NewJeans berada di pentas melakukan persembahan.

Min Hee-jin menjawab sambil tertawa,

Saya rasa seperti saya yang melahirkan mereka. Saya rasa hampir menangis. 

Dah dia yang uruskan NewJeans… mestilah rasa bangga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...