Lee Ji-hoon, ketua peguam di firma guaman Law & More, membuat kenyataan tegas mengenai NewJeans.
Melalui saluran YouTube “Korea Lawyer”, Lee Ji-hoon memuat naik video yang menyebut kes NewJeans. Lee Ji-hoon menyatakan,
NewJeans tidak boleh menggunakan nama ‘NewJeans’ tanpa mengira kehendak mereka. Isu juga akan timbul mengenai penggunaan lagu-lagu yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Tambahnya, hal itu adalah normal kerana mereka menuntut menamatkan kontrak dengan ADOR,
Jika mereka tidak dapat melepaskan nama ‘NewJeans‘, mereka perlu meneruskan tuntutan mahkamah.
Lee Ji-hoon juga mengulas, bahawa ia masih tak terjejas kini kerana NewJeans sedang memenuhi jadual yang telah dirancang dan ia hanya akan menjadi isu untuk jadual selepas itu.
Sementara itu, lima ahli NewJeans — Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein, yang telah memberitahu ADOR tentang penamatan kontrak mereka, membuat persembahan di konsert kedua YOASOBI di Korea di Incheon Inspire Arena pada 7 Disember. Mereka menyanyikan lagu-lagu seperti “How Sweet”, “Right Now” dan lagu hit YOASOBI “Biri-Biri”.
Entahlah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.