Ikuti Kami:

“Lebih Pentingkan Duit..” – Tuntutan Tak Ditunaikan, NewJeans Umum Bakal Tamatkan Kontrak Dengan ADOR

“Lebih Pentingkan Duit..” – Tuntutan Tak Ditunaikan, NewJeans Umum Bakal Tamatkan Kontrak Dengan ADOR

Selepas pelbagai kemelut, NewJeans nampaknya telah memutuskan untuk meninggalkan agensi ADOR.

Pada 28 November, kelima-lima ahli kumpulan itu telah mengadakan sidang media tergempar, mengumumkan hasrat mereka untuk menamatkan kontrak dengan ADOR, disebabkan tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

Ketika sidang tersebut, Hanni meluahkan perasaanya,

Ia adalah syarikat yang tidak lagi mempunyai keikhlasan dalam seni muzik dan lebih tertumpu pada penampilan syarikat, membuat wang serta tidak mempunyai sebarang kesedaran tentang kesan negatif yang akan berlaku dengan cara mereka bekerja.

Selain itu, NewJeans turut menekankan bahawa mereka tidak pernah melanggar perjanjian kontrak dan tiada sebab untuk mereka membayar penalti. Sebaliknya, HYBE dan ADOR yang telah melanggar kontrak, menguatkan lagi sebab mereka untuk meninggalkan syarikat berkenaan.

Sebagai respon, ADOR menjelaskan bahawa mereka terkejut kerana sidang akhbar tersebut dijalankan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya dari syarikat. Jelas agensi,

Kami kesal kerana sidang akhbar itu dilakukan seelum menerima maklum balas terhadap kandungan dan semakan yang mencukupi.

Kontrak eksklusif antara ADOR dan NewJeans kekal sah. Oleh itu, kami mengharapkan mereka akan meneruskan aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan bersama-sama dengan ADOR seperti yang mereka lakukan sehingga sekarang.

Kami telah meminta beberapa pertemuan dengan artis, tetapi ia tidak dilaksanakan.

ADOR akan melakukan yang terbaik untuk menyokong NewJeans dalam aktiviti mereka dan membantu mereka berkembang lebih jauh sebagai artis global.

Alamak, makin berat isu ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Financial News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...