Ikuti Kami:

NewJeans Digelar ‘Monster Rookies’, Dua Lagu Berjaya Duduki Tangga Teratas Carta Melon

NewJeans Digelar ‘Monster Rookies’, Dua Lagu Berjaya Duduki Tangga Teratas Carta Melon

NewJeans bukan biasa-biasa eh! Terbaru, mereka berjaya melonjakkan nama mereka sebagai “Monster Rookies”! Wah!

Penangan NewJeans sememangnya terbukti apabila terdapat 2 lagu mereka kini berjaya menduduki carta 100 Melon. Kejayaan mereka menduduki carta Melon turut membuktikan bahawa mereka layak untuk menjadi “Monster Rookies” bagi tahun 2022.newjeansKumpulan baru daripada anak syarikat HYBE ini, iaitu ADOR, berjaya mencatat rekod baru apabila lagu mereka berjaya mencapai hasil jualan tertinggi hanya dalam minggu pertama dan mencipta fenomena baru sepanjang debut mereka.

Lagu “Attention” dan “Hype Boy”, kedua-duanya berjaya menduduki tempat 1 dan ke-2 dalam carta 100 Melon, manakala lagu “Cookie” menduduki tempat ke-18. Mereka sekaligus turut berjaya menunjukkan imej yang berlainan walaupun mereka baru sahaja debut kurang daripada sebulan lalu.

Netizen juga tidak terlepas daripada meninggalkan komen dan pandangan atas kejayaan mereka yang memberansangkan.

“Saya sangat sukakan dua lagu mereka, dan ia terus bermain di fikiran saya. 

 

“Saya lebih sukakan ‘Hype Boy’.”

 

“Tahniah, NewJeans!”

 

“Semua lagu mereka best!”

 

“Saya mahu lagu ‘Hype Boy’ untuk menduduki tempat pertama!”

 

“Mereka pasti menang anugerah ‘rookie’ terbaik tahun ini!’

 

“Mereka sememangnya ‘monster rookie’!”

Tahniah NewJeans!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...