Ikuti Kami:

Muzik Video Terbaru NewJeans ‘Cookie’ Raih Pelbagai Reaksi Peminat

Muzik Video Terbaru NewJeans ‘Cookie’ Raih Pelbagai Reaksi Peminat

Sehingga saat ini, kumpulan baru NewJeans pastinya sudah berjaya mengumpul peminat tersendiri. Ditambah pula, dengan pelancaran muzik video terbaru mereka “Cookie”.

Pelancaran muzik video bagi debut album terbaru mereka, “Cookie” itu dilihat sebagai kejayaan yang seterusnya setelah mereka berjaya meraih perhatian peminat melalui lagu-lagu sebelum ini seperti, “Attention”, “Hype Boy” dan juga lagu B-side, “Hurt”.

Muzik video kali ini menampilkan penampilan yang tampak lebih casual di mana para ahli juga tampil dengan stail yang minimalis dan solekan clean look. Koreografi untuk muzik video kali ini juga memfokuskan kepada tema R&B bersesuaian dengan lagu-lagu mereka yang lain.

Namun, yang lebih mencuri perhatian adalah reaksi daripada peminat yang bercampur-baur. Rata-rata dalam kalangan peminat memberikan reaksi dan juga komen yang positif dan juga negatif. new jeans

“Saya sangat suka lagu ini kerana koreografinya hebat. Saya sebenarnya sangat menikmati liriknya, ia comel dan menyeronokkan… Tetapi saya terpaksa menyertai krew ‘Is New Jeans Appropriate’. Ia adalah ‘eufemisme’ secara terang-terangan… dinyanyikan oleh kanak-kanak. Tidak kira betapa matangnya mereka, saya tidak selesa untuk mengetahui bahawa hanya seorang daripada mereka mungkin berumur 18 tahun, menyanyi tentang seorang budak lelaki sedang ‘menikmati’ mereka.”

 

“Melihat kepada usia muda gadis-gadis ini, saya sangat menikmati keluaran pra-debut mereka dari segi muzik, konsep, pakaian dan seluruh produksi. Saya berasa seperti ia menetapkan nada untuk lagu sulung mereka akan berbunyi dan rupa.”

 

“Produksi mereka malangnya, bukan sahaja gagal dari segi konsep tetapi juga apa yang berlaku dengan lirik mereka? Apakah jenis mesej yang cuba disampaikan oleh pasukan produksi mereka? Sungguh malang melihat perkara ini berlaku kepada sekumpulan gadis yang begitu muda.”

 

“Ini sangat estetik dan unik. Saya juga suka bagaimana mereka menyanyi dengan suara semula jadi dan tidak sengaja membuat nada tinggi seperti yang dilakukan oleh ramai idola K-Pop wanita.”

 

“Saya suka bagaimana muzik video itu lebih minimalis berbanding kumpulan lain, yang tidak semestinya sesuatu yang buruk, tetapi ia adalah perubahan rentak yang bagus yang lebih memfokuskan pada nyanyian sebenar mereka daripada video itu sendiri”

Hm… ada negatif ada positif kan…

Apa pendapat korang mengenai muzik video baru “Cookie”? Cuba kongsi dengan kami!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...