Ikuti Kami:

Kumpulan Baru NewJeans Lancar Intro MV Lagu ‘Hype Boy’

Kumpulan Baru NewJeans Lancar Intro MV Lagu ‘Hype Boy’

Rasa-rasanya korang pasti dah tahu mengenai kumpulan yang baru sahaja debut iaitu NewJeans kan? Nampak gayanya mereka terus menunjukkan imej yang meyakinkan apabila kumpulan itu kini melancarkan lagu kedua mereka.

NewJeans baru-baru ini melancarkan lagu kedua mereka iaitu “Hype Boy”. Muzik video bagi “Hype Boy” telah dibuat dalam 4 versi intro video yang berbeza, malah turut mempunyai format yang unik di mana 4 versi itu disertakan dengan gaya omnibus dan menghasilkan satu cerita penuh. 4 versi itu adalah berdasarkan nama-nama ahli NewJeans iaitu Min-ji, Han-ni, Danielle serta Hae-rin dan juga Hye-in. newjeansKumpulan NewJeans itu dibentuk di bawah satu syarikat Min Hee-jin iaitu ADOR yang merupakan subsidiari kepada HYBE Lables. Selepas melancarkan muzik video secara berturut-turut bagi “Attention” dan juga “Hype Boy”, mereka bakal melancarkan lagu seterusnya iaitu “Hunt” pada 25 Julai ini. Debut album digital mereka akan dilancarkan pada 1 Ogos ini sebelum pelancaran muzik video terakhir iaitu “Cookie”.

Korang dah tengok ke muzik video intro dorang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...