NewJeans bukan biasa-biasa eh! Terbaru, mereka berjaya melonjakkan nama mereka sebagai “Monster Rookies”! Wah!
Penangan NewJeans sememangnya terbukti apabila terdapat 2 lagu mereka kini berjaya menduduki carta 100 Melon. Kejayaan mereka menduduki carta Melon turut membuktikan bahawa mereka layak untuk menjadi “Monster Rookies” bagi tahun 2022.Kumpulan baru daripada anak syarikat HYBE ini, iaitu ADOR, berjaya mencatat rekod baru apabila lagu mereka berjaya mencapai hasil jualan tertinggi hanya dalam minggu pertama dan mencipta fenomena baru sepanjang debut mereka.
Lagu “Attention” dan “Hype Boy”, kedua-duanya berjaya menduduki tempat 1 dan ke-2 dalam carta 100 Melon, manakala lagu “Cookie” menduduki tempat ke-18. Mereka sekaligus turut berjaya menunjukkan imej yang berlainan walaupun mereka baru sahaja debut kurang daripada sebulan lalu.
https://twitter.com/kpopggsuperior/status/1559166827212595200
Netizen juga tidak terlepas daripada meninggalkan komen dan pandangan atas kejayaan mereka yang memberansangkan.
“Saya sangat sukakan dua lagu mereka, dan ia terus bermain di fikiran saya.
“Saya lebih sukakan ‘Hype Boy’.”
“Tahniah, NewJeans!”
“Semua lagu mereka best!”
“Saya mahu lagu ‘Hype Boy’ untuk menduduki tempat pertama!”
“Mereka pasti menang anugerah ‘rookie’ terbaik tahun ini!’
“Mereka sememangnya ‘monster rookie’!”
Tahniah NewJeans!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.