Utama Tempatan Netizen Samakan Nadhir Nasar & Amir Ahnaf Dengan Hwang Inyeop & Lee...

Netizen Samakan Nadhir Nasar & Amir Ahnaf Dengan Hwang Inyeop & Lee Minho

nadhir nasar hwang inyoup

Rasanya penduduk tempatan pastinya tahu mengenai drama yang sedang mencipta fenomena kini iaitu “Projek: High Council”.

Bagi yang tidak mengetahui, ianya ditayangkan di bawah Astro dan membawa kisah dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak yang memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council” di Kolej KUDRAT.

Antara pelakon yang menghiasi siri ini ialah Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Danial, Kahoe Han dan ramai lagi pelakon yang semakin menempa nama kini.

Mungkin kerana bakat lakonan yang hebat, ada penonton yang menyamakan beberapa pelakon ini dengan pelakon popular Korea. Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Nadhir Nasar dikatakan mirip Hwang In-youp manakala Amir Ahnaf pula ada iras Lee Min-ho.

nadhir nasar hwang inyoupWalau bagaimanapun, ada pendapat pra-kontra mengenai ciapan itu kerana ramai yang mengatakan mereka tidak seiras.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...