Ikuti Kami:

“Double Standard” – Perbezaan Komen Netizen M’sia Buat Acara Park Seojun & Artis Lokal Jadi Perhatian

“Double Standard” – Perbezaan Komen Netizen M’sia Buat Acara Park Seojun & Artis Lokal Jadi Perhatian

Walaupun sudah menjangkau tahun 2023 namun masih ada yang ‘bitter’ dan tak senang dengan minat dan kesukaan orang lain.

Sepertinya ada sahaja yang tidak kena apabila ada artis luar negara terutamanya dari Korea apabila mengadakan pertemuan bersama peminat di Malaysia. Walhal orang lokal tidak kisah merancakkan suasana apabila ada acara yang melibatkan artis Malaysia dan langsung tak dilabel sebagai ‘pentaksub’.

Hal ini dapat diperhatikan dek perbezaan penerimaan untuk dua acara berbeza yang berlaku pada hari yang sama. Kelmarin, Park Seo-jun telah menghadiri acara bersama satu jenama minuman bertenaga di Sunway Pyramid Mall manakala para pelakon siri popular “Projek: High Council” pula mengadakan pertemuan bersama peminat di KLCC.

park seojun malaysia

Meninjau laman sosial, seperti yang dijangka, masih ada yang mengatakan bahawa peminat pelakon Korea itu sebagai ‘pentaksub’ dan obses kerana berkumpul untuk acara itu.

Namun rata-ratanya meluahkan rasa bangga apabila melihat acara siri lokal itu menerima sambutan hangat meskipun hadirin kelihatan berhimpit-himpit bagi melihat pelakon seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Melihatkan reaksi berbeza itu, peminat drama Korea dan juga K-Pop telah meluahkan rasa kesal dek ‘double standard’ rakyat Malaysia.

park seojoon high council

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...