Ikuti Kami:

Netizen Pilih Suzy-Yoona-IU Sebagai Pengganti Song Hyekyo-Jun Jihyun-Kim Taehee

Netizen Pilih Suzy-Yoona-IU Sebagai Pengganti Song Hyekyo-Jun Jihyun-Kim Taehee

Rasanya semua bersetuju bahawa Kim Tae-hee, Song Hye-kyo dan Jun Ji-hyun merupakan ‘tiga dewi’ dalam dunia lakonan.

Walaupun sudah berbelas tahun, namun ketiga-tiga mereka kekal relevan dan berada di atas industri ini meskipun ramai pelakon baru debut. Malah kesemua junior pastinya akan menamakan mereka sebagai pelakon yang diidolakan.

Pun begitu, nama trio terbaru iaitu Yoon-a, IU dan Suzy menjadi sebutan ramai kini sebagai pengganti kepada legasi ‘TaeHyeJi’. Dari dikenali sebagai ‘adik kesayangan semua’, ketiga-tiga mereka ini berkembang dengan baik dalam dunia lakonan meskipun memulakan karier sebagai idola suatu ketika dahulu.

iu suzy yoona

Komen netizen,

Karier jangka masa panjang mereka sudah tetap.

 

Saya mengakui hal ini.

 

TaeHyeJi ialah legenda!

 

Tolonglah, harap mereka sama-sama berlakon.

 

Sejujurnya, aku menyukai mereka sejak kesemuanya adalah penyanyi.

 

Wow, ketiga-tiga mereka juga pernah memenangi Daesang dalam nyanyian.

Yang pastinya, Suzy, Yoon-a dan IU sudah mempunyai jumlah peminat yang kekal dan pastinya akan menempa lebih banyak kejayaan dalam karier mereka nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...