Walaupun telah meninggalkan Monsta X, Wonho masih lagi aktif dalam dunia seni dan sering berinteraksi dengan peminat.
Malah semua entri di Instagram idola itu turut menerima perhatian ramai, tapi mungkin dek sebab yang salah.
Ini kerana seorang netizen telah memuat naik satu entri di laman komuniti bertajuk ‘Wonho muat naik lagi gambar punggungnya, kenapa dia begini?’ bagi mengkritik pilihan foto provokatif lelaki itu.
Dalam beberapa foto itu, Wonho dilihat berbaring di atas katil, sofa dan kolam renang dengan belakangnya diarahkan ke kamera dan menampilkan bahagian belakang yang berotot terutama di bahagian punggung.
Rata-rata netizen yang melihat entri ini mempersoal lelaki itu dan berkata,
Peminatnya sukakan foto seperti ini?
Peliknya.
Tapi, badannya memang hebat.
Badan dia real ke?
Sejujurnya, kenapa dia macam ni?
Hmmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.