Ikuti Kami:

Wonho Keluar Monsta X, Kini Hadapi Tuduhan Salah Guna Dadah Pula

Wonho Keluar Monsta X, Kini Hadapi Tuduhan Salah Guna Dadah Pula

Semalam kecoh apabila salah seorang ahli kumpulan Monsta X iaitu Wonho telah menerima beberapa siri tuduhan. Menurut rakan baiknya iaitu Jung Daeun, lelaki itu telah melarikan diri daripada membayar hutangnya selain turut menjual beberapa barangannya secara atas talian. Selain itu, dia turut memberikan gambaran bahawa Wonho pernah ditahan di pusat juvana semasa berusia 16 tahun kerana kes jenayah mencuri.

Akibat daripada dakwaan yang berat itu, Wonho sendiri telah mengumumkan bahawa dia mengundurkan diri daripada Monsta X kerana tidak mahu menyusahkan ahli kumpulan yang lain.

Ingatkan dah selesai kes ini tetapi nampaknya Jung Daeun masih tidak berpuas hati dan telah mendedahkan satu cerita baru di mana dia dan Wonho pernah sama-sama mengambil dadah (ganja) pada Oktober 2013. Menurut laporan media Dispatch, kejadian itu berlaku semasa mereka sama-sama tinggal di sebuah kediaman terletak di Yeoksam-dong.

jung daeun tuduh wonho monsta x guna dadah

Menurut cerita Jung Daeun kepada Dispatch, dia dan Wonho telah berjumpa di sebuah kafe sebelum lelaki itu membawa keluar satu bungkusan dan menawarkannya kepada dia. Kedua-dua mereka kemudiannya pulang ke rumah wanita itu dan mula menggunakannya.

“Saya tanya padanya di mana dia dapatkan benda itu tetapi dia merahsiakannya. Tetapi saya syak dia mendapatkannya daripada penjual kerana saya juga ada mengenali seseorang yang mengedar benda itu,” jelas Jung Daeun. Gadis itu turut mengaku bahawa dia memang mengambil dadah.

jung daeun tuduh wonho monsta x guna dadah

Tambahnya lagi, semasa dia dan Wonho sedang mengambil dadah, seorang lagi kenalannya turut berada di dalam rumah itu dan menjadi saksi kejadian. Kenalan ini dikenalpasti sebagai ‘C’ iaitu bekas pengurus barangan di Kelab ‘Burning Sun’ dan dia kini sedang berada dalam penjara atas beberapa kesalahan salah guna dadah di kelab tersebut.

‘C’ berada di tempat kejadian kerana dia ada meminta Jung Daeun supaya meminjamkan tali pinggangnya lantas gadis itu memberikan kata laluan rumahnya supaya dia boleh masuk dan megambilnya sendiri. Kebetulan pula, semasa ‘C’ berada dalam rumah tersebut, dia telah terserempak dengan Jung Daeun dan Wonho yang sedang melakukan perbuatan terkutuk itu. Apabila ‘C’ bertanya apa yang sedang mereka lakukan, Jung Daeun telah membalas supaya ‘C’ berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dispatch sendiri telah melawat ‘C’ di dalam penjara bagi mendapatkan kepastian sama ada cerita Jung Daeun adalah benar ataupun tidak. Menurut laporan, ‘C’ mengaku dia mengingati insiden tersebut sama seperti apa yang diceritakan oleh gadis itu. Dia juga mengesahkan lelaki yang bersama Jung Daeun pada ketika itu ialah Hoseok (nama sebenar Wonho).

jung daeun tuduh wonho monsta x guna dadah

Akhir sekali, Dispatch mendedahkan bahawa pihak polis kini sedang menjalankan siasatan kes penggunaan dadah oleh Wonho selepas mendapat akuan saksi iaitu Jung Daeun dan ‘C’ pada tahun 2013. Pihak polis juga dikatakan telah bertemu dengan Wonho pada penghujung September lepas selepas Monsta X pulang daripada Jerman kerana urusan konsert mereka. Dalam pertemuan itu, lelaki itu telah menjalani ujian dadah menerusi sampel folikel rambutnya.

Pihak polis juga tidak dapat mendedahkan keputusan ujian tersebut kerana siasatan kes yang masih berjalan. Mereka juga mengatakan bahawa Wonho mungkin akan dipanggil untuk soal siasat bergantung kepada keputusan ujian dadahnya.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...