Tidak semena-mena, Rosé BLACKPINK terpalit gosip percintaan dengan pelakon Kang Dong-won.
Untuk pengetahuan, khabar angin percintaan antara Rosé dan Kang Dong-won mula timbul apabila kedua-dua mereka dilihat sedang makan malam bersama bekas ketua kreatif Burberry, Riccardo Tisci dan beberapa rakan yang lain di Los Angeles.
Setelah pelbagai spekulasi dibuat oleh orang ramai, YG Entertainment tampil memberi respon dengan berkata,
Sukar untuk mengesahkan fakta berkaitan dengan kehidupan peribadi artis kami.
Sementara itu, Kang Dong-won telah keluar dari agensi YG Entertainment pada Disember tahun lalu.
Biar lah dorang nak buat apa pun..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉