Ikuti Kami:

Netflix Sahkan ‘Single’s Inferno’ Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Netflix Sahkan ‘Single’s Inferno’ Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Sebuah rancangan realiti mencari cinta, ‘Single’s Inferno’ pastinya sudah menjadi bualan ramai sejak siaran episod pertama pada Disember tahun lalu. Namun, para peminat rancangan realiti itu pasti teruja dengan perkhabaran bahawa rancangan itu bakal kembali dalam musim kedua.

Program realiti mencari cinta itu telah mula bersiaran sejak Disember tahun lalu yang juga hampir sama dengan lagi satu rancangan realiti mencari cinta seperti, ‘Too Hot Too Handle’. Program realiti ini juga diacarakan oleh beberapa figura terkenal seperti, Lee Da-hee,  Cho Kyu-hyun, Hong Jin-kyung, Jung Han-hae.

Setelah mendapat sambutan hangat pada musim yang pertama, program realiti mencari cinta tersebut kini telah disahkan akan kembali untuk musim kedua. Perkara itu telah disahkan, apabila akaun Instagram rasmi (@netflixkr) memuat naik satu video bingkisan ‘Single’s Inferno’ musim pertama dengan meletakkan kapsyen untuk mengesahkan perkara tersebut.

Untuk musim kedua, semestinya program ini akan didatangi dengan wajah-wajah baharu yang akan mencari pasangan dengan menggunakan persona yang ada pada diri masing-masing. Para peminat ‘Single’s Inferno’ semestinya akan tertanya-tanya mengenai calon-calon yang bakal menerajui musim kali ini dan bagaimana cara yang mereka ketengahkan dalam mencari cinta.

Siapakah yang akan berjaya temui cinta mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...