Utama Celebrity News Popular Dek ‘Single’s Inferno’, Cha Hyunseung Kongsi Bakal Debut Sebagai Pelakon

Popular Dek ‘Single’s Inferno’, Cha Hyunseung Kongsi Bakal Debut Sebagai Pelakon

cha hyunseung

Pernah menjadi sebutan peminat K-Pop selepas menjadi penari latar Sunmi, Cha Hyun-seung semakin dikenali ramai setelah muncul dalam rancangan ‘hot’ iaitu “Single’s Inferno”.

Popular kini, Cha Hyun-seung turut menjadi pilihan untuk muncul sebagai duta produk dan juga wajah muka depan pelbagai majalah.

Terbaru, lelaki itu telah berkongsi cerita mengenai hidupnya bersama majalah Health’s Magazine. Menurutnya, dia menyertai program Netflix itu kerana menerima sokongan daripada orang disekelilingnya seperti Sunmi.

cha hyunseung

Bahkan, Cha Hyun-seung mengakui bahawa dia seronok berada di kepulauan terpencil itu,

Saya suka dengan semua yang berada bersama di sana dan kami mengharapkan satu sama lain di tempat yang kekurangan sumber.

Tidak berhenti sebagai penari latar sahaja, lelaki sasa dan tinggi lampai itu menjelaskan bahawa dia sedang dalam persiapan untuk menjadi pelakon kini.

Okay tak Cha Hyun-seung nak jadi pelakon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...