Ikuti Kami:

Netflix Sah Tayang ‘The Pirates 2’ Di 190 Negara Mac Ini

Netflix Sah Tayang ‘The Pirates 2’ Di 190 Negara Mac Ini

Akhirnya, filem “The Pirates: The Last Royal Treasure” bakal dikeluarkan di Netflix!

Siri kedua “The Pirates” yang telah berjaya melepasi 1 juta penonton tahun ini, akan ditayangkan serentak di lebih 190 negara termasuk Malaysia, menerusi Netflix pada 2 Mac. Selain itu, filem ini juga akan menyediakan sari kata dalam 31 bahasa dan alih suara dalam 8 bahasa.

Tambahan, “The Pirates: The Last Royal Treasure” juga merupakan kandungan filem Korea pertama yang diedarkan ke seluruh dunia dengan pelaburan Netflix. Dikatakan bahawa perbincangan yang mencukupi telah diadakan dengan pelakon dan pasukan produksi, dalam proses merangka pelan pengedaran luar negara yang cekap dengan mengambil kira keadaan pandemik dan pasaran global.

the pirates the last royal treasure

Sementara itu, “The Pirates: The Last Royal Treasure” membawa kisah pengembaraan sekumpulan lanun yang berkumpul di lautan luas bagi menjadi pemilik kepada harta karun diraja yang tiba-tiba lenyap tanpa jejak. Ianya dibintangi oleh Han Hyo-joo, Kang Ha-neul, Lee Kwang-soo, Oh Se-hun dan ramai lagi.

Filem ini merupakan siri kedua kepada “The Pirates: Bandit Who Went To The Sea” yang diterajui oleh Son Ye-jin dan Kim Nam-gil.

Tonton trailer “The Pirates: The Last Royal Treasure” di atas. Jangan lupa tau 2 Mac ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...