Ikuti Kami:

‘The Pirates 2’ Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

‘The Pirates 2’ Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

Baru sahaja mencapai 500,00 tontonan baru-baru ini, nampaknya “The Pirates: Goblin Flag” terus mencipta rekod baru.

Pada 5 Februari, dimumkan bahawa filem itu telah melepasi 1 juta penonton. Diriliskan pada 26 Januari, ini bermakna naskhah berkenaan mengambil masa 10 hari untuk mencapai angka tersebut.

Jadinya, “The Pirates 2” adalah filem Korea pertama yang berjaya membawa 1 juta penonton untuk tahun 2022.

the pirates 2

Pencapaian ini adalah mengagumkan kerana kerajaan Korea yang memperketatkan peraturan penjarakan sosial baru-baru ini kerana peningkatan kes COVID-19. Malah “The Pirates 2” tidak tertolak ke tepi meskipun perlu bersaing dengan filem dalam dan luar negara. Bahkan ianya berjaya kekal di tangga pertama box-office sejak diriliskan 10 hari yang lalu.

Ianya merupakan kisah pengembaraan sekumpulan lanun yang berjumpul di lautan luas bagi menjadi pemilik kepada harta karun diraja yang tiba-tiba lenyap tanpa jejak. Filem ini merupakan siri kedua kepada “The Pirates: Bandit Who Went To The Sea” yang diterajui oleh Son Ye-jin dan Kim Nam-gil.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...