Ikuti Kami:

Netflix Nafi Dakwaan Song Hyekyo Enggan Lakukan Temu Bual Dek Isu Dating Song Joongki

Netflix Nafi Dakwaan Song Hyekyo Enggan Lakukan Temu Bual Dek Isu Dating Song Joongki

Meskipun sudah tidak lagi berhubungan namun, nama Song Hye-kyo masih sering dikaitkan dengan Song Joong-ki..

Untuk pengetahuan, Song Hye-kyo dan pelakon lain untuk siri Netflix “The Glory” telah diumumkan tidak akan terlibat dengan sebarang temu bual, menjelang tayangan perdana drama berkenaan pada 30 Disember nanti.

Bagaimanapun, media dan wartawan mendakwa bahawa Song Hye-kyo membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang temu bual, bagi mengelak dari menerima soalan berkaitan bekas suaminya Song Joong-ki.

Bagi yang belum tahu, pada beberapa hari lalu, agensi telah mengesahkan bahawa Song Joong-ki sedang bercinta dengan seorang wanita bukan selebriti kini.

song hyekyo the glory

Tidak lama kemudian, Netflix tampil menafikan dakwaan yang dibuat atas Song Hye-kyo dan memberi penjelasan,

Keputusan ini tiada kaitan dengan pelakon. Bahagian 2 ‘The Glory’ dijadualkan untuk keluar pada Mac tahun depan, jadi, kami merancang ingin menyediakan ruang untuk melakukan perbualan yang lebih mendalam selepas bahagian kedua drama itu dikeluarkan.

Dalam pada itu, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Jangan lupa tonton “The Glory” pada 30 Disember ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...