Ikuti Kami:

Pelakon Dari UK? Netizen Tebak Ini Identiti Kekasih Baru Song Joongki

Pelakon Dari UK? Netizen Tebak Ini Identiti Kekasih Baru Song Joongki

Hangat industri hiburan Korea hari ini apabila duda kacak Song Joong-ki mengesahkan bahawa dia sedang dilamun cinta kini!

Peneman setia Song Joong-ki

Menurut laporan media, wanita yang berjaya menambat hati pelakon lelaki berkenaan berasal dari United Kingdom dan mereka tidak kisah memaparkan hubungan rapat itu buat tatapan umum.

Khabarnya, mereka sudah menjalinkan hubungan mesra lebih setahun kini dan berkenalan menerusi sahabat yang memperkenalkan mereka pada tahun lalu. Malah wanita tersebut turut menemani Song Joong-ki semasa menghadiri sidang media untuk “Reborn Rich” yang berlangsung di Singapura pada awal bulan ini.

song joongki katy louise saunders

Katanya, lelaki berkenaan turut memperkenalkan wanita British itu sebagai kekasihnya kepada semua staf drama tersebut.

Pelakon British

Walaupun pada asalnya dikhabarkan bahawa wanita itu merupakan individu biasa namun mata tajam netizen berjaya mengesan identiti sebenarnya. Menurut orang ramai, Song Joong-ki ada menyebut nama wanita berkenaan dalam ucapan kemenangan Anugerah Utama di Anugerah Bintang APAN baru-baru ini.

Semasa berterima kasih buat kru drama “Vincenzo”, dia turut menyebut nama Katy, Nalla, Maya dan Antes. Seperti yang diketahui, Nalla ialah nama anjing peliharaan Song Joong-ki manakala Maya dan Antes sepertinya ialah nama haiwan peliharaan wanita itu seperti yang disebutnya dalam sebuah entri di laman Facebook suatu ketika dahulu.

song joongki katy louise saunders

Atas hasil ‘kajian mendalam’, wanita itu dikhabarkan sebagai Katy Louise Saunders yang dilahirkan pada 21 Julai 1984 di London, England di mana dia berusia setahun lebih tua dari Song Joong-ki. Wanita kacukan English dan Columbia itu dia pernah aktif sebagai pelakon sampingan untuk beberapa projek seperti “The Lizzie McGuire Movie”, “The Borgia”, “Third Person” dan “Welcome Home”.

Dihimpit pelbagai spekulasi

Dalam pada itu, agensi Song Joong-ki menolak untuk menjawab mengenai spekulasi hangat orang ramai yang mengatakan bahawa Katy merupakan guru bahasa Inggeris lelaki itu selain dikatakan turut mengajar bahasa Itali untuk penggambaran “Vincenzo” hingga membawa kepada perkenalan mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut memilih untuk tidak memberikan sebarang komen tentang khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa Katy sedang mengandungkan anak Song Joong-ki kini.

song joongki katy louise saunders

Pun begitu, agensi Song Joong-ki berterusan menafikan tekaan peminat mengenai identiti kekasih barunya.

Apa pun, semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...