Akhirnya, musim kedua dan ketiga siri popular Netflix “Sweet Home” bakal menemui penonton tak lama lagi!

Untuk pengetahuan, “Sweet Home” telah disahkan akan kembali dengan musim kedua dan ketiga, selepas menerima sambutan hangat ketika tayangan musim pertama pada 2020 yang lalu.
Terbaru, salah seorang teraju utama dari drama itu iaitu Go Min-si, telah berkongsi di Instagram bahawa dia sudah pun selesai menjalani penggambaran untuk musim 2 dan 3 “Sweet Home”, selepas lebih setahun. Tulis pelakon itu,
Akhirnya! penggambaran untuk ‘Sweet Home’ musim 2 dan 3 telah tamat! Merakamnya selama lebih setahun.
Saya sayang semua kakitangan, pelakon, pengarah dan pasukan sekolah aksi yang bekerja keras! Terima kasih banyak-banyak dan saya sayang mereka.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi,
Saya gembira kerana kita bersama❤️
Saya sangat menyayangi awak semua kerana menunggu ‘Sweet Home’.
Sila nantikannya dan tunggu sebentar.Jumpa awak di-NETFLIX!
🇰🇷
Dalam pada itu, musim pertama “Sweet Home” menceritakan tentang kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home, dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.
Sama-sama kita nantikan tayangan musim 2 dan 3 “Sweet Home”!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉