Ikuti Kami:

“Nana Lagi Elok.. – Penonton Kritik Lakonan Go Hyunjung Dalam ‘Mask Girl’?

“Nana Lagi Elok.. – Penonton Kritik Lakonan Go Hyunjung Dalam ‘Mask Girl’?

Siapa yang dah selesai menonton “Mask Girl” di Netflix?

Berdasarkan webtoon, “Mask Girl” mengisahkan mengenai Kim Mo-mi yang merupakan pekerja pejabat biasa di siang hari namun berubah menjadi BJ internet di malam hari. Oleh kerana kecaman masyarakat dek wajahnya yang kurang menyerlah, wanita tersebut terpaksa menggunakan medium itu untuk meluahkan bakat terpendam namun kehidupannya berubah selepas satu insiden berdarah tak dijangka.

Bagi menggambarkan tiga kehidupan berbeza watak itu, drama ini telah membawa Lee Han-byul sebagai Kim Mo-mi biasa, Nana sebagai Kim Mo-mi selepas melakukan pembedahan plastik dan Go Hyun-jung sebagai Kim Mo-mi berusia.

mask girl

Walau bagaimanapun, sepertinya ada suara sumbang yang mempersoalkan kemampuan lakonan dan keperluan menggunakan Go Hyun-jung. Bahkan ada yang merasakan Nana sahaja sudah cukup untuk menghidupkan watak itu.

Komen penonton,

Saya merasakan bahawa Nana boleh terus berlakon sampai ke sudah.

 

Fokus saya terganggu apabila Go Hyun-jung muncul.

 

Saya tak faham mengapa Nana berubah jadi Go Hyun-jung.

 

Muka mereka berbeza sangat.. dia dapatkan pembedahan plastik dalam penjara ke?

 

Saya rasa Nana lagi boleh berlakon dari Go Hyun-jung.

 

Lakonannya okay tapi dia tak sesuai jadi ‘Mask Girl’.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...