Meraih pencapaian yang tinggi dalam bidang lakonan kini, ramai yang berharap agar Song Hye-kyo juga menemui kejayaan dalam dunia cintanya.

Terbaru, pelakon wanita menawan itu secara tiba-tiba terpalit dengan gosip cinta bersama rakan pelakon “The Glory”, Park Sung-hoon.
Selepas memenangi anugerah Utama (daesang) ketika Anugerah Siri Blue Dragons ke-2, interaksi antara Song Hye-kyo dan lelaki itu telah menjadi bualan ramai.
Khabarnya, Park Sung-hoon melihat Song Hye-kyo dengan pandangan bangga dan sayang semasa dia memberikan ucapan kemenangan. Malah ekspresi lelaki itu turut tular di serata laman komuniti dan media sosial.
Walaupun membawa watak yang membenci satu sama lain dalam “The Glory”, namun kedua mereka dan pelakon lain seperti Im Ji-yeon, Kim Hieora, Im Ji-yeon dan Kim Gun-woo mengekalkan hubungan rapat sehingga kini.
Selepas hubungan yang gagal sebelum ini, mungkin rata-rata peminat hanya meluahkan harapan supaya Song Hye-kyo akan bertemu cinta yang lebih baik dan selamanya kini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.