Tidak dinafikan bahawa “The Glory” merupakan antara drama Korea yang menjadi bualan hangat penonton di serata dunia sejak hujung tahun lalu hingga ke awal tahun ini.
Pada malam ini telah berlangsung anugerah berprestij dalam dunia hiburan Korea yang mengangkat pelbagai naskhah hebat dalam setahun ini.
Antara anugerah yang paling dinantikan ramai sudah semestinya ‘daesang’ ataupun Anugerah Utama di mana ia merupakan pencapaian tertinggi di dalam anugerah berkenaan.
Seperti dijangka ramai, Song Hye-kyo berjaya merebut Anugerah Utama yang diimpikan kesemua anak seni di Korea. Berkat persembahan hebat yang ditonjolkan sebagai Moon Dong-eun dalam “The Glory”, wanita itu juga kelihatan terkejut apabila namanya dipanggil,
Saya tak sangka akan berdiri di pentas seperti ini dan saya mahu memberikan pujian buat diri sendiri. ‘Hye-kyo, awak dah bekerja keras’.
Tahniah buat semua pemenang lain!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.