Ikuti Kami:

Nampak Lagi Realistik, 5 Pelakon Korea Ini Perlu Turunkan Berat Badan Untuk Watak K-Drama

Nampak Lagi Realistik, 5 Pelakon Korea Ini Perlu Turunkan Berat Badan Untuk Watak K-Drama

Pelakon semestinya ingin lakukan yang terbaik demi persembahan bagus buat penonton.

Kali ini Kimchidaily nak kongsikan 5 pelakon Korea sanggup turunkan berat badan untuk lakonkan watak dalam K-Drama.

Song Kang (Nevertheless)

Pelakon Korea Perlu Turunkan Berat Badan Untuk K-Drama

Tidak dinafikan bahawa keserasian di antara Song Kang dan Han So-hee memainkan peranan yang besar sehingga “Nevertheless” menjadi sangat popular. Kalau korang nak tahu, Song Kang mendedahkan bahawa dia mengurangkan berat badan untuk kelihatan seperti watak webtoon yang perlu dibawanya. Tambah pelakon berbakat itu, berat badannya turun sebanyak 5kg untuk menepati gambaran watak Park Jae-eon.

Kim Sejeong (Business Proposal) 

Pelakon Korea Perlu Turunkan Berat Badan Untuk K-Drama

Sama seperti “Nevertheless”, drama “Business Proposal” juga merupakan adaptasi daripada webtoon. Oleh itu, untuk menampakkan watak Shin Ha-ri lebih realistik, Kim Se-jeong terpaksa menurunkan berat badannya. Walaupun diet bukanlah perkara baru bagi Kim Se-jeong, pelakon itu dilaporkan kehilangan 5kg untuk menandingi penampilan watak webtoonnya. Tambahan, dia mula bersenam 23 hari sebelum penggambaran “Business Proposal”.

Kim Raewon (Gangnam Blues & Punch) 

Pelakon Korea Perlu Turunkan Berat Badan Untuk K-Drama

Kim Rae-won memainkan watak sebagai bos mafia dalam filem “Gangnam Blues”. Dia membintangi filem ini bersama pelakon hebat seperti Lee Min-ho, Kim Seol-hyun dan Jung Jin-young. Untuk menggambarkan sebagai seorang bos samseng, pelakon itu menurunkan berat badan sebanyak 15kg untuk watak Baek Yong-ki.

Selepas filem ini, Kim Rae-won dilaporkan menurunkan berat 4kg lagi untuk memainkan watak sebagai pesakit kronik dalam K-Drama “Punch.”

Byeon Wooseok (20th Century Girl) 

Pelakon Korea Perlu Turunkan Berat Badan Untuk K-Drama

Semasa dalam satu temu bual bersama Netflix, Byeon Woo-seok menyatakan dia menurunkan berat badan untuk membawa watak Poong Woon-ho. Katanya lagi, dia melakukan hal demikian kerana dia nampak tua dan tidak sesuai dengan watak pelajar sekolah yang dibawanya untuk drama terbabit. Pelakon ini turut menjelaskan bahawa dia perlu kerap bersenam dan menjaga diri sendiri demi masa hadapan.

Park Minyoung (Marry My Husband) 

Pelakon Korea Perlu Turunkan Berat Badan Untuk K-Drama

Drama “Marry My Husband” yang bakal ditayangkan pada 2024 ini akan diterajui ramai bintang hebat termasuk Park Min-young. Namun, apabila gambar teaser wataknya itu dimuat naik, penampilan pelakon itu telah membuat ramai peminat risau kerana dia kelihatan sangat kurus. Terutamanya, apabila mereka mendapat tahu bahawa pelakon itu mengurangkan berat badannya menjadi 37kg untuk menjayakan peranan tersebut.

Macam senang je kan nak kurus..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...