Teruja sangat apabila mendapat tahu Song Ji-hyo bakal datang ke Malaysia kan?
Selepas lama menanti, akhirnya hari tersebut telah tiba dan nampaknya ramai yang tidak sabar ingin berjumpa dengan ahli “Running Man” itu. Hal itu dapat dilihat apabila ramai yang menantikan ketibaan Song Ji-hyo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam tadi.
Walau bagaimanapun, momen yang sepatutnya disambut indah itu sedikit terjejas apabila ada peminat yang terjatuh semasa cuba mendekati pelakon Korea berkenaan.
a much closer view of how jihyo insisted to help the fan who tripped😩❤ BEST GIRL
*but everyone pls be careful. sabi ni jihyo safety first!!!😊
SONGJIHYO IN MALAYSIA#JihyoXGlutanex #SONGJIHYOinKL#SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/kMe2PkPAOC
— el❖ 송지효 (@elleigh_sjh) November 11, 2022
Namun ianya berakhir gembira apabila Song Ji-hyo dilihat terus menerpa ke arah peminat berkenaan bagi membantunya untuk berdiri. Sikap baik wanita itu nyata mendapat pujian ramai memandangkan dia yang lebih mementingkan keselamatan orang lain dari diri sendiri.
Baiknya Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.