Ikuti Kami:

Dahulu Dikritik, Fesyen Kasual Song Jihyo Dipuji Netizen Kini

Dahulu Dikritik, Fesyen Kasual Song Jihyo Dipuji Netizen Kini

Merupakan antara pelakon popular di Korea, apa sahaja yang dilakukan Song Ji-hyo pastinya menjadi perhatian semua.

Terbaru, wanita itu dilihat selesa bergerak menerusi pandangan mata orang ramai apabila muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bagi memenuhi jadual promosi di Malaysia sebagai duta jenama kecantikan Glutanex.

Tersenyum gembiran, Song Ji-hyo dilihat mengenakan dress paras lutut berwarna hitam dengan jaket beige di luar. Fesyen itu turut dilengkapi dengan but panjang lantas menambahkan lagi keterampilan seksinya.

Hal ini membangkitkan perbincangan hangat di antara peminat di sebuah laman komuniti Korea. Kata semua, mereka memuji penggayaan wanita itu yang berubah atas sebab jurugaya baru yang ditugaskan selepas dia berpindah ke syarikat baru, Uzurocks Entertainment.

Antara pujian yang diberikan ialah, “Gaya fesyennya boleh tahan hebat.” Selain itu, ada yang mengatakan bahawa pakaian yang dikenakan sejak kebelakangan ini nampak lebih sofistikated dan hebat.

song jihyo

Tak sabar nak jumpa kat Malaysia esok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...