Ikuti Kami:

Nampak Ceria, Choi Minho & Chae Soobin Dilihat Jalani Penggambaran Siri Netflix ‘The Fabulous’

Nampak Ceria, Choi Minho & Chae Soobin Dilihat Jalani Penggambaran Siri Netflix ‘The Fabulous’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan antara Choi Min-ho dan Chae Soo-bin dalam siri Netflix baharu tidak lama lagi!

Pada November tahun lepas, Choi Min-ho dan Chae Soo-bin telah disahkan terajui siri Netflix baharu “The Fabulous”.

Untuk pengetahuan, “The Fabulous” merupakan kisah romantik hyper-realistik mengenai impian, cinta dan persahabatan sekumpulan anak muda berusia 30-an yang mendedikasikan hidup mereka untuk dunia fesyen. Penonton juga akan berasa empati dan teruja apabila melihat pelbagai peringkat umur yang berusaha keras untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia fesyen dengan kehidupan seharian mereka yang makan, kerja dan bercinta dalam tempat yang paling ‘hip’ dan ‘hot’ di Korea.

Baru-baru ini, telah tular gambar dan video kedua peneraju utama drama ini yang sedang menjalani penggambaran bagi siri tersebut. Dengan aksi romantik yang dilihat melalui gambar yang dimuat naik peminat di media sosial, ianya telah menambah keterujaan penonton untuk tayangan “The Fabulous”.

Sementara itu, “The Fabulous” telah dijadualkan bakal menemui penonton pada tahun ini di Netflix. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...