Ikuti Kami:

Anak Muda Dalam Dunia Fesyen, Choi Minho & Chae Soobin Sah Terajui Netflix ‘The Fabulous’

Anak Muda Dalam Dunia Fesyen, Choi Minho & Chae Soobin Sah Terajui Netflix ‘The Fabulous’

Netflix bakal kembali lagi dengan siri baru mengenai kerjaya dan cinta tak lama lagi!

Terbaru, Choi Min-ho (SHINee) dan Chae Soo-bin disahkan bakal menerajui siri “The Fabulous”.

Ia merupakan kisah romantik hyper-realistik mengenai impian, cinta dan persahabatan sekumpulan anak muda berusia 30-an yang mendedikaiskan hidup mereka untuk dunia fesyen. Di mana perkataan ‘fashion’ (fesyen) dibaca sebagai ‘passion’ (keghairahan). Penonton juga akan berasa empati dan teruja apabila melihat pelbagai peringkat umur yang berusaha keras untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia fesyen dengan kehidupan seharian mereka yang makan, kerja dan bercinta dalam tempat yang paling ‘hip’ dan ‘hot’ di Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Chae Soo-bin akan membawa watak Pyo Ji-eun, seorang yang menyukai benda cantik dari kecil dan terseksa untuk meneruskan kehidupan dalam dunia fesyen meskipun mengaguminya satu ketika dahulu. Pun begitu, dia dipenuhi dengan semangat dan tenaga positif.

Choi Min-ho bakal melakonkan watak Ji Woo-min, seorang ‘retoucher’ freelancer yang memiliki segalanya daripada wajah ke kemampuan kecuali keghairahan. Tidak diikat dengan kerja mahupun cinta, dia akan mempunyai perasaan dengan Pyo Ji-eun dan mula melangkaui garisan antara persahabatan atau percintaan sekaligus mengekalkan ketegangan perhubungan yang tinggi kerana mereka tidak pasti mahu ke arah mana.

“The Fabulous” dijangka akan ditayangkan pada 2022 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...