Ikuti Kami:

Nama IU Terselit Dalam Kredit ‘The Sound Of Magic’, Kenapa?

Nama IU Terselit Dalam Kredit ‘The Sound Of Magic’, Kenapa?

Siapa yang sudah menonton “The Sound Of Magic”, perasan tak nama IU yang terselit di bahagian kredit siri tersebut.

Bukan merupakan pelakon drama itu, jadi mengapa nama pelakon dan penyanyi itu menghiasi bahagian penghujung siri itu.

Jawab pengarah Kim Seong-yoon,

Di babak terakhir, kami menggunakan lagu ‘Knees’ dan meletakkan nama Lee Ji-eun (nama sebenar IU) di kredit penghujung. Untuk melakukannya, kami perlu membeli hak cipta untuk meriliskan ‘Knees’ secara global di dalam drama ini. Jadi, saya menghubunginya dan dia berkata, ‘Saya tulis dan mengubah lagu itu sendiri, jadi awak boleh gunakan sahaja. Saya berasa berterima kasih. Kami mengenali satu sama lain ketika penggambaran ‘Dream High’.

iu

Untuk pengetahuan, “The Sound Of Magic” ialah drama muzik fantasi tentang ahli silap mata misteri Lee Eul (Ji Chang-wook) tiba-tiba muncul di hadapan seorang gadis bernama Yoon A-yi (Choi Sung-eun) yang telah kehilangan impiannya, dan rakan sekelasnya bernama Na Il-deung (Hwang In-yeop), yang dipaksa bermimpi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...