Ikuti Kami:

Nam Yoonsu Kongsi Pandangan Mengenai Watak & Matlamat Sebagai Pelakon

Nam Yoonsu Kongsi Pandangan Mengenai Watak & Matlamat Sebagai Pelakon

Nam Yoon-su kini bukan sahaja berjaya memikat hati penonton menerusi drama, tetapi juga menerusi sisi photogenic dalam edisi terkini majalah Arena Homme Plus.

Baru-baru ini Nam Yoon-su tampil menjadi muka hadapan untuk edisi terbaru majalah terkenal Arena Homme Plus. Berjaya menarik perhatian umum, apabila dia mampu mempamerkan pose yang unik, malah turut mendapat pujian daripada pihak editorial. Wah, hebat!

Nam Yoon-su juga turut ditemu bual oleh pihak editorial dan dia sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini dirinya yang kini memfokuskan diri dalam penggambaran “Today’s Webtoon”. Nam Yoon-su yang bakal membawa watak sebagai Goo Joon-young, bakal bergandingan dengan Kim Se-jeong di pejabat editorial webtoon. nam yoonsuMenerusi sesi temu bual tersebut, Nam Yoon-su turut berkata,

Sejak saya mula berlakon, saya rasa emosi saya sudah mula mudah untuk menjiwai apa sahaja tema sewaktu sesi penggambaran. Tidak sama seperti ketika saya seorang model dahulu.

Saya tidak meletakkan batas sebagai seorang pelakon atau model ketika sedang melakukan penggambaran editorial. Keutamaan saya bila berada di hadapan kamera, adalah untuk memuaskan semua dengan hasil gambar tersebut. 

Nam Yoon-su juga sempat berkongsi mengenai kariernya sebagai pelakon. Melihat kepada jenis watak yang diminatinya, dia berkata,

Saya tak tahu bagaimana minat saya di masa depan, cuma sekarang saya amat menggemari watak penjahat daripada watak romantik. Mungkin kerana saya anak bongsu daripada 3 adik beradik lelaki?

nam yoonsuPelakon dan model itu kemudiannya berkongsi matlamat hidupnya, dengan berkata,

Saya mahu terus maju sebagai seorang pelakon. Saya begitu menggemari berlakon. Mungkin kerana saya tidak memulakannya atas sebab tertentu, tetapi ianya merupakan karier yang menarik lebih daripada jangkaan saya. 

Khabarnya, drama “Today’s Webtoon” lakonan Nam Yoon-su akan ditayangkan pada 29 Julai ini. Sama-sama kita nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...