Ikuti Kami:

Nam Yoonsu Ulas Watak ‘Perfect Guy’ Dalam ‘Today’s Webtoon’

Nam Yoonsu Ulas Watak ‘Perfect Guy’ Dalam ‘Today’s Webtoon’

Nam Yoon-su bakal berubah menjadi seorang ‘perfect guy’ dalam “Today’s Webtoon”? Wah, lain macam!

Dalam artikel sebelum ini, sudah pun dinyatakan bahawa Nam Yoon-su bakal bergandingan dengan Kim Se-jeong dan Choi Daniel dalam “Today’s Webtoon”. Bagi yang belum tahu, “Today’s Webtoon” adalah pembikinan semula siri popular Jepun, “Sleepeeer Hit!”.nam yoonsuDalam drama ini, Nam Yoon-su bakal membawa watak sebagai Goo Joon-young yang menyertai bahagian editorial webtoon bersama On Ma-eum lakonan Kim Se-jeong. Watak yang dibawa kali ini memerlukan Nam Yoon-su mempamerkan personaliti positif yang menjadikan Goo Joon-young suatu tarikan kemana pun dia pergi.

Watak Nam Yoon-su dalam drama ini pendek kata, merupakan watak seorang ‘perfect guy’ yang menjadi rebutan ramai. Dalam pada itu, Nam Yoon-su sempat berkongsi,

Watak Goo Joon-young merupakan sesuatu yang baru. Memegang watak sebagai pekerja baharu, dan sebagai pelakon yang memainkan peranan itu, saya fikir ia lebih penting untuk mempunyai sikap bersedia bekerja dengan tekun dan melakukan yang terbaik untuk permulaan baharu.

nam yoonsuNam Yoon-su menambah,

Goo Joon-young mempunyai segala-galanya. Sebaik sahaja Goo Joon-young diambil kerja, dia dilantik ke bahagian editorial webtoon yang baru ditubuhkan. Walaupun telah hidup sebagai pelajar kepujian sepanjang hidupnya, hakikat bahawa dia mempunyai pengetahuan minimum tentang webtoon serta-merta membuatkan dia dilayan di tempat kerja seperti seorang yang rendah diri.

Nam Yoon-su turut menyatakan alasan di sebalik dia memilih watak tersebut,

Saya sentiasa mahu mencuba watak yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Melalui drama ini, saya belajar bahawa begitu banyak masa dan usaha diperlukan untuk mencipta satu babak webtoon dan keazaman yang luar biasa diperlukan untuk memenuhi ‘dead lines’.

Perjuangan dan usaha penulis, yang berfikir secara kompetitif supaya pembaca dapat menikmati dengan selesa, dan editor webtoon, sebenarnya sangat menyentuh hati.

Khabarnya drama ini akan mula bersiaran pada 29 Julai ini. Nanti kita sama-sama tengok Nam Yoon-su okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...