Adakah “Vigilante” bakal menghasilkan musim kedua?
Media Korea melaporkan,
‘Vigilante’ musim 2 akan diterbitkan. Pelakon utama musim 1 seperti Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, dan Kim So-jin dijangka akan turut berlakon dalam musim 2. Untuk watak-watak baru, proses pemilihan pelakon sedang dijalankan.
Berkaitan dengan perkara ini, wakil dari syarikat produksi “Vigilante”,
Ia masih dalam peringkat perancangan dan jadual siaran juga belum ditentukan.
Walaupun agensi Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, dan Kim So-jin menunjukkan pendirian yang berbeza mengenai penyertaan mereka, memandangkan kasih sayang mereka terhadap musim pertama “Vigilante” namun jika tiada masalah besar dengan jadual dan penjadualan, mereka dijangka akan kembali memainkan watak-watak yang sama.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.