Ikuti Kami:

Berat Naik Mendadak Ke 100kg, Yoo Jitae Dedah Cabaran Berlakon Dalam ‘Vigilante’

Berat Naik Mendadak Ke 100kg, Yoo Jitae Dedah Cabaran Berlakon Dalam ‘Vigilante’

Selalu dengar pelakon kena turunkan berat badan je kan?

Di dalam temu bualnya bersama dengan pihak media pada 1 Disember, Yoo Ji-tae telah menceritakan perubahan yang dia lakukan untuk berlakon di dalam drama “Vigilante”.

Katanya,

Saya telah menaikkan berat saya dari 85kg kepada lebih 100kg dan saya hanya diberikan masa sebanyak 2 ke 3 bulan sahaja untuk naikkan berat dan besarkan otot saya. Sampai sekarang saya boleh rasa yang badan saya seakan sedang berkembang.

Pelakon itu menambah,

Ianya sangat bahaya untuk kesihatan jika berat seseorang itu naik mendadak sebanyak 20kg, jadi saya telah lakukan banyak senaman seperti ‘Crossfit’. Saya juga amalkan protein dalam bentuk serbuk.

jitae (1)

Terlebih dahulu, “Vigilante” merupakan drama aksi yang mengisahkan tentang seorang pelajar dari universiti polis yang menghukum penjenayah yang terlepas daripada undang-undang di waktu malam.

Di dalam drama ini, Yoo Ji-tae telah memegang watak sebagai Jo-heon, ketua pasukan polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan menahan “Vigilante”.

Patut la kuat semacam Yoo Ji-tae berlawan dalam drama “Vigilante” ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...