Ikuti Kami:

Nam Jihyun Dikhabarkan Bakal Terajui ‘Welcome To Witch’s Restaurant’ Bersama Song Jihyo

Nam Jihyun Dikhabarkan Bakal Terajui ‘Welcome To Witch’s Restaurant’ Bersama Song Jihyo

Ada burung berkicau dan menyampaikan bahawa Nam Ji-hyun mungkin akan bintangi drama fantasi manusia “Welocome To Witch Restaurant”.

Naskhah itu menceritakan kisah pelanggan di sebuah kedai makan yang sanggup menjual jiwa mereka asalkan dapat menjalani kehidupan yang lain daripada asalnya. Di kedai tersebut, pemiliknya membantu merealisasikan impian pelanggannya sambil dibantu oleh seorang manusia.

Menurut agensi pelakon wanita itu pula, mereka mengesahkan ada menerima tawaran daripada drama tersebut selain menyatakan yang Nam Ji-hyun sedang menelitinya dengan positif.

nam jihyun

Jikalau bersetuju, Nam Ji-hyun akan membawa watak Jung Jin, seorang waniat berusia 28 tahun yang dirundung pelbagai masalah sekaligus di mana dia dibuang kerja selain ditinggalkan oleh kekasih hati.

Kalau anda nak tahu, Song Ji-hyo turut ditawarkan untuk memainkan watak Cho Hee-ra dalam “Welcome To Witch Restaurant”, seorang ahli sihir yang memiliki kecantikan luar biasa tetapi tidak mengetahui usia sebenarnya. Meskipun sedar bahawa dia tua daripada usia manusia yang lain tetapi wanita itu terus dibelenggu dengan persoalan tersebut.

Curious nak tengok keserasian dua pelakon ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...