Ikuti Kami:

Nam Jihyun, Choi Hyunwook & Kim Mooyeol Sah Sertai Drama Fantasi ‘High Cookie’

Nam Jihyun, Choi Hyunwook & Kim Mooyeol Sah Sertai Drama Fantasi ‘High Cookie’

Akhirnya, Nam Ji-hyun, Choi Hyun-wook dan Kim Moo-yeol bakal membintangi sebuah drama baru!

Baru-baru ini, pelakon Nam Ji-hyun, Choi Hyun-wook, dan Kim Moo-yeol telah mengesahkan bahawa mereka akan terajui drama baru iaitu “High Cookie”.

Sedikit sinopsis, “High Cookie” merupakan drama bergenre triller fantasi yang mengisahkan mengenai sebuah sekolah elit yang ‘dimakan’ oleh biskut buatan sendiri dan biskut itu dikatakan mampu membuat impian orang ramai menjadi kenyataan.

drama high cookies

Untuk maklumat, Nam Ji-hyun akan memainkan watak sebagai Choi Soo-young, yang menjadi ketua keluarga pada usia 18 tahun dan perlu bekerja di sebuah kilang demi menyara adiknya.

Seterusnya adalah Choi Hyun-wook akan memegang watak sebagai Seo Ho-soo merupakan seorang budak genius yang mengekalkan gred tertinggi di Sekolah Menengah Jeonghan. Walaupun mereka bekerja keras untuk belajar dalam persekitaran yang sukar, ia dipanggil sebagai ‘hogu’ yang baik untuk digunakan dalam kalangan rakan sekelas yang kaya.

drama high cookies

Akhir sekali, Kim Moo-yeol akan memainkan watak sebagai Yoo Sung-pil, perunding kemasukan kolej underated yang paling hebat. Beliau terkenal kerana mengeluarkan hasil terbaik dengan menggunakan pelbagai kaedah tidak kira sama ada ianya sah, suai manfaat atau haram. Atas sebab yang tidak diketahui, dia secara sukarela datang ke Sekolah Tinggi Jeonghan dan meminta untuk berkhidmat sebagai perunding untuk seluruh kelas senior.

Walau bagaimanapun, jadual siaran untuk drama ini masih lagi dalam perbincangan. Sama-sama kita nantikan okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...