Ikuti Kami:

Masih Teliti Tawaran, Nam Jihyun & Choi Hyunwook Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Hi Cookie’

Masih Teliti Tawaran, Nam Jihyun & Choi Hyunwook Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Hi Cookie’

Nam Ji-hyun akan terajui drama terbaru?

Terbaru, agensi Nam Ji-hyun, SOOP Management berkongsi bahawa pelakon itu ditawarkan untuk menerajui watak utama dalam drama akan datang, “Hi Cookie” dan dia dikatakan sedang meneliti tawaran tersebut.

“Hi Cookie” merupakan drama bergenre triller fantasi yang mengisahkan mengenai sebuah sekolah elit yang ‘dimakan’ oleh biskut buatan sendiri dan biskut itu dikatakan mampu membuat impian orang ramai menjadi kenyataan.nam jihyunMenerusi drama ini, Nam Ji-hyun ditawarkan untuk membawa watak sebagai Choi Soo-young, yang menjadi tulang belakang keluarganya pada umur 18 tahun dan mula kerja separuh masa di sebuah kilang untuk menyara adiknya.

Sebelum ini, pelakon Choi Hyun-wook juga ditawarkan untuk menerajui watak utama namun pihak agensinya masih belum memberi sebarang pengesahan.

Walaupun barisan peneraju masih dalam perbincangan, drama ini dijangka bakal menemui peminat pada tahun 2023.

Nantikan update lanjut okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...