Ikuti Kami:

“Kenapa Pilih Saya?” – Nam Jihyun Ulas Watak Dalam Drama ‘Little Women’

“Kenapa Pilih Saya?” – Nam Jihyun Ulas Watak Dalam Drama ‘Little Women’

Korang suka tak watak Oh In-kyung dalam “Little Women”?

Baru-baru ini, pelakon watak itu, Nam Ji-hyun berkongsi pandangan jujurnya mengenai watak yang dibawa.

Bergandingan bersama Kim Go-eun dan Park Ji-hu sebagai adik-beradik dalam drama tersebut, nyatanya menyerlahkan lagi keserasian mereka. Memegang watak sebagai Oh In-kyung, seorang wartawan yang membongkar rahsia di sebalik Jeongran Society, Nam Ji-hyun diilihat berjaya melakonkan watak itu dengan baik.

Menerusi satu sesi temu bual bersama News1, Nam Ji-hyun berkongsi,

Apabila dimaklumkan oleh pengarah, saya rasa watak saya akan menyebabkan masalah dan perpecahan dalam drama. Dalam projek saya sebelum ini, saya banyak memainkan watak yang tak perlu dibantu oleh watak lain tapi hanya boleh disokong. 

nam jihyunMenurut Nam Ji-hyun, walaupun watak Oh In-kyung menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran, namun watak itu mempunyai mental yang kuat.

Saya rasa Oh In-kyung mula menyedari bahawa bahaya duit itu amat besar apabila dia mula berbual dengan Oh In-joo bagaimana kehidupan miskin mereka sewaktu kecil umpama mereka pencuri namun tidak pernah mencuri apa-apa.

Walaupun, tindakan In-kyung boleh dilihat sebagai cemerkap, saya yakin tindakan yang dipilih adalah ‘lead’ utama dalam kes itu. Keluarga Won semuanya jahat, jadi apabila In-kyung merupakan antara 3 beradik yang menjatuhkan mereka, saya rasa watak itu kuat dan menyeronokkan.

oh inkyungMengingati semula bagaimana dia boleh menerima watak tersebut, Nam Ji-hyun berkata,

Kedua-dua pengarah dan penulis berkata watak itu agak sukar untuk mereka juga. Memandangkan dia bukan watak yang berat sebelah, mereka berasa agak berat hati untuk mencadangkan watak itu kepada orang lain. Jadi, saya bertanya, kenapa saya dipilih? Lalu, mereka berkata untuk watak permulaan, saya adalah yang paling dipercayai.

Walaupun drama ini nyata menerima pelbagai reaksi positif dari peminat, namun Nam Ji-hyun turut meluahkan rasa kesal.

Yang paling membuatkan saya kesal adalah ketiga beradik itu tidak banyak babak bersama seperti yang ramai harapkan. Bila tak banyak babak bersama, saya dah cukup senang dapat berjumpa mereka di set penggambaran. 

Nam Ji-hyun turut mendapat pujian daripada rakan-rakannya.

Kawan-kawan saya berkata, ada beberapa ketika watak Oh In-kyung sangat sama dengan saya. Saya juga tertanya-tanya.. Bahagian mana yang saya sama dengan watak itu? Mereka berkata, “Apabila meluahkan pandangan mengenai sesuatu yang tidak benar, itu sama seperti kamu.”

Mengakhiri sesi temu bual itu, Nam Ji-hyun berkata,

Bagi saya, “Little Women” adalah hadiah terhebat saya untuk tahun ini. Ia adalah kerja namun datang sekali bersama hadiah dan cabaran buat saya. 

nam jihyunApa-apa pun watak Oh In-kyung memang best…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...