Ikuti Kami:

“Nak Tumpang Populariti La Tu..” – Yoo Jaesuk Dikritik Selitkan ‘Hangout With You’ Dalam ‘My Dearest’

“Nak Tumpang Populariti La Tu..” – Yoo Jaesuk Dikritik Selitkan ‘Hangout With You’ Dalam ‘My Dearest’

Belum apa-apa, “Hangout With You” sekali lagi dikritik ramai dek episod terbarunya.

Di dalam suasana dramatik yang unik dari “My Dearest”, terdapat adegan menarik yang menarik perhatian di mana Putera Sohyeon bersedia menanam padi sendiri sesuai dengan permintaan memalukan Ratu Cheong.

Yoo Jae-suk dan Haha juga muncul dalam babak ini dan mereka muncul sebagai petani dan memaparkan aksi komedi. Kalau korang nak tahu, adegan ini adalah kolaborasi istimewa dengan program hiburan MBC, “How Do You Play?”

Menjengah pendapat penonton, rata-ratanya memberikan respon pra-kontra di mana ada yang mengatakan kehadiran mereka itu mengganggu konsentrasi penonton kerana situasi genting dalam plot cerita itu. Malah dialog panjang Haha juga meninggalkan perasaan yang tidak memuaskan.

Komen mereka, “Tak membantu dalam penceritaan karya”, “Korang cuba meningkatkan rating dengan bergantung pada drama popular?” dan banyak lagi.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...