Ikuti Kami:

Lee Chungah Ganti Ahn Eunjin? Bahagian Kedua ‘My Dearest’ Sah Tayang Oktober Ini

Lee Chungah Ganti Ahn Eunjin? Bahagian Kedua ‘My Dearest’ Sah Tayang Oktober Ini

Siap sedia semua kerana bahagian kedua “My Dearest” sudah pun mengumumkan tarikh tayangannya.

Mencapai rating tertinggi ketika episod akhir bahagian pertama dengan catatan 12.2%, malah ianya menduduki tangga pertama selama tiga minggu berturut-turut sekaligus mendominasi carta drama terbaik mingguan.

Bahagian 2 ‘”My Dearest” yang dijadualkan akan menemui penonton pada 13 Oktober ini bakal menumpukan kepada perubahan dramatis dalam kehidupan Jang-hyun (Namgoong Min) dan Gil-chae (Ahn Eun-jin) ketika mereka berpindah antara Joseon dan Dinasti Qing selepas perpisahan yang menghancurkan hati.

my dearest 2

Malah ia akan mengembangkan lagi cerita watak tambahan yang muncul di penghujung bahagian pertamanya termasuklah Topeng Biru (Lee Chung-ah), Byung-won (Ji Seung-hyun), Jang Cheol (Moon Sung-geun) dan Lady So-yong (So Yu-jin).

Ulas Namgoong Min mengenai bahagian kedua ini,

Ia akan lebih menghiburkan dan indah daripada bahagian pertama.

Ahn Eun-jin juga berkongsi rasa berterima kasih kepada penonton dan keyakinannya untuk membawa cerita yang lebih mendalam dan menghiburkan dalam bahagian kedua.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...